Canva adalah satu platform online yang membolehkan kita sebagai pengguna untuk menghasilkan design grafik yang mudah, pantas & percuma. Yang menariknya lagi, anda tidak memerlukan skill teknikal yang tinggi untuk menggunakan Canva kerana paparanya hanya drag & drop sahaja. Bukan itu sahaja, anda juga boleh melakukan kerja-kerja design pada komputer & juga smartphone dengan mudah.
Proses pendaftaran akaun Canva tidak rumit kerana proses pendaftaran yang yang sangat ringkas. Anda boleh rujuk langkah-langkah dibawah untuk mendapatkan gambaran bagaimana proses pendaftaran akaun Canva
- Klik sini untuk daftar akaun Canva Percuma
- Pada halaman ini, terdapat beberapa pilihan pendaftaran dan anda hanya perlu memilih “Continue with email”.
- Kemudian masukkan alamat email anda dan klik “Continue“. Kami sarankan supaya anda menggunakan akaun gmail.
- Masukkan nama & password kemudian klik “Get started, it’s free!”. Nama & password ini untuk kegunaan akaun Canva. Pastikan anda ingat password.
- Semak email untuk mendapatkan no kod yang telah dihantar pada email yang telah anda masukkan tadi. Kemudian masukkan kod berkenaan dan klik “Done”.
- Selepas itu klik “Personal”
- Pada paparan ini, klik “Maybe Later”.
- Selepas itu, klik “Next” dan proses pendaftaran telah berjaya.
Setelah anda telah mengikuti langkah-langkah diatas, anda telah berjaya mendaftar akaun canva.
*disclaimer: langkah-langkah pendaftaran akaun canva mungkin akan sedikit berbeza dari semasa ke semasa kerana pihak Canva akan selalu mengemaskini platform ini bagi memenuhi kepuasan pelanggan mereka. Jika paparan pada komputer/smartphone anda berbeza dari tutorial ini, jangan risau kerana anda hanya perlu ikut sahaja arahan yang diberikan semasa pendaftaran.
0 Comments