Jika anda mengambil gambar produk atau pun model untuk tujuan mereka design poster, pastinya anda akan menghadapi masalah dimana terdapat backround putih (atau pun berwarana bergantung pada backdrop yang digunakan) yang anda ingin padamkan supaya gambar produk/model dapat disesuaikan dengan design poster.
Tahukah anda bahawa Canva menyediakan fungsi “Background Remover” dimana fungsi ini dapat menyingkirkan backround pada gambar. Walaubagaimana pun, fungsi “Background Remover” ini hanya dapat diguna jika anda melanggan Canva Pro.
Tetapi jika anda tidak perlu risau jika anda tidak melanggan Canva Pro kerana kami akan kongsikan trick cara buang backgroung pada gambar secara percuma.
- Layari website https://www.remove.bg/
- Klik “Upload Image” dan pilih fail gambar yang berkenaan
- Website berkenaan akan upload gambar & proses pemadaman background pada gambar akan dilakukan secara automatik. Setelah proses selesai, anda akan dapat lihat paparan seperti dibawah dan klik Download.
Untuk memastikan hasil pemadaman background yang berkualiti, kami menyarankan anda menggunakan gambar yang mempunyai backround putih (atau 1 warna yang solid) sahaja. Elakkan gambar yang mempunyai background warna yang bercampur.
*disclaimer: langkah-langkah cara buang background gambar yang dikongsikan ini mungkin sedikiti berbeza dari semasa ke semasa kerana penyedia perkhidmatan ini sentiasa melakukan update bagi menjaga kualiti produk mereka.
0 Comments